"Bersedia Membantu Anda"

"Bersedia Membantu Anda"

Selasa, 14 Mac 2017

Peluang Pekerjaan 2017

Mungkin ini peluang sekali dalam seumur hidup anda!

Kami membuka peluang pekerjaan kepada golongan siswazah yang berminat mendalami bidang bekam dan urutan tradisional di samping dapat belajar ilmu pengurusan bisnes, kewangan dan hartanah.

Jawatan yang dibuka adalah jurubekam dan tukang urut refleksologi bagi lelaki dan wanita. Tiada pengalaman berkaitan juga boleh turut memohon. Yang penting anda mahu belajar dan jelas dengan matlamat dan cita - cita hidup.

Jangan lepaskan peluang ini untuk bekerja tetap di samping belajar dan menimba pengalaman kerana peluang sebegini jarang - jarang dikongsikan oleh majikan yang mementingkan keuntungan semata - mata. Pembangun bisnes adalah terdiri daripada golongan profesional daripada bidang perubatan, hartanah, perniagaan dan kewangan.

Apa yang kami kongsikan adalah pembangunan modal insan dalam satu tempoh yang lama yang memerlukan sedikit pengorbanan dari pihak anda daripada terus terjerumus di dalam skim - skim cepat kaya atau MLM yang menjanjikan pulangan dalam masa yang singkat.

Banyak program - program dan seminar - seminar di luar sana yang menelan kos belanja hingga ribuan ringgit. Di sini, anda akan bekerja makan gaji di samping belajar menerusi latihan yang berterusan dari pihak pengurusan bukan sahaja dari segi aspek rawatan alternatif, malahan berkenaan ilmu pengurusan perniagaan, hartanah dan juga kewangan.

Ilmu yang bakal anda dapati ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengurusan selagi mana anda menunjukkan minat yang mendalam dan bersungguh - sungguh dalam mengubah nasib diri dan keluarga.

Kami memerlukan orang yang boleh bekerjasama dalam kumpulan dan mendengar arahan pihak pengurusan selama tempoh pembelajaran berlangsung. Perangkaan untuk pembangunan kerjaya (career development) turut disediakan di samping potensi untuk menjadi rakan usahasama bisnes (business partner) turut ditawarkan bagi mereka yang layak di masa akan datang.

Hubungi kami dengan segera kerana jawatan yang ditawarkan adalah terhad dan terbuka sehingga 18hb Mac 2017 ini sahaja. Sila war - warkan kepada keluarga, sahabat dan kenalan anda yang sedang mencari pekerjaan ketika ini, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan