"Bersedia Membantu Anda"

"Bersedia Membantu Anda"

Khamis, 9 Februari 2017

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Al Hijamah Centre (SA 0365380-M) merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal (sole proprietorship enterprise) berurusniaga tentang perkhidmatan terapi bekam, refleksologi dan urutan tradisional kepada golongan lelaki dan wanita. 

Dikenali dengan nama Pusat Terapi Bekam Al - Azhari, premis ini beralamat di Kedai 1C, Lot 2452 Di Lorong Kemuning, Batu 17 Kuang, 48050 Rawang, Selangor.  Perniagaan ini turut merangkumi jualbeli peralatan bekam serta makanan tambahan yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan utama.

Kami memiliki 2 orang staf sepenuh masa masing - masing lelaki dan wanita dan 2 orang staf separuh masa. Staf adalah berkelayakan dalam bidang terapi bekam dan urutan. 

Waktu perniagaan adalah dari jam 9.30 pagi hingga jam 9.30 malam. Premis adalah dibuka setiap hari kecuali cuti umum yang diberi notis awal pihak pengurusan.

Pakej - pakej rawatan yang ditawarkan adalah bekam, refleksologi dan urutan tradisional. Untuk maklumat lanjut sila rujuk post berikutnya bertajuk 'Pakej Rawatan'.

Salam hormat.  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan